MINGGU 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB
KE FILE MANAGER
1.Siapkan Tapak Pembelajaran.
Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang
disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index 2.
Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik
Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang. 3. Pergi ke www.tripod.com dan
daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod. 4. Klik Start Now dan isi borang
pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan. 5. Klik
butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah. 6. Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran. 7.
Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang
ditunjukkan di bawah. Klik File Manager. 8. Apabila anda mengelik File Manager,
anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah.
Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager. 9. Seterusnya klik
pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di
atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. 10. Klik pada single
files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan
dapat anda lihat. 11. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda
seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik
kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada
paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang
Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran 12.
Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik
butang Upload. 13. Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di
skrin komputer. Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan
fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close,
paparan berikut akan ditunjukkan. 14. Anda akan dapat melihat index.htm telah
dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah
anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index.
Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web.
Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web
Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm.
Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang
berikut. HyperText Markup Language (HTML) 15. Anda akan dapat melihat kotak
pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML
merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan
mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang
membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan. 16. Sila klik Save dan
kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan
ditunjukkan. 17. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu
dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat
Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini
akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan
lihatlah hasilnya. 18. Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak
Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan
fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke
dalam Tapak Pembelajaran anda. Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak
mengubah isi kandungan Tapak Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail
Kerja dengan menggunakan Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan
perubahan, simpan fail kerja anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan
nama index. Ini bermakna fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File
Manager dengan menggunakan prosedur yang sama. Cubalah menukar-kukar Tapak
Pembelajaran anda.
No comments:
Post a Comment