Minggu 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet
Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet
ETIKA KOMPUTER
Etika komputer umumnya adalah
satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
Hak peribadi individu, ketepatan
dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang
membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah
moral dan etika yang sering berlaku iaitu: ·
Penggertak · Penyalahgunaan
internet · Virus · Hak cipta · Perisian cetak Rompak
Penggertak: · Cracker ialah golongan yang
menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan
utama membuat keuntungan. · Cracker tidak menulis program untuk membangunkan
perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan
kemusnahan
Penyalahgunaan internet · Konsep ‘langit
terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi
buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus: · Penyebaran virus - merosakkan
sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara · Memuat turun sebarang
perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang
hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak: · Maklumat yang
diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan
secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA
KOMPUTER
• Keseimbangan • keizinan
temaklum • keadilan • Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI
BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan
orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh
masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak
menggunakan komputer untuk menipu.
6.Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah
7.Tidak menggunakan sumber dari komputer orang
lain tanpa kebenaran.
8.Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri
sendiri.
9.Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10.
Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
No comments:
Post a Comment