Minggu 4-PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU
PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan pengajaran dan
pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia
boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber
yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh
mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga
sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk
P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti
berikut:
Bahan sastera
Bahan tatabahasa
Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan,
sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai
bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian
dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang
digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan
yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri
berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya
sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan
tertentu.
Bahan sastera ini merangkumi
beberapa jenis seperti: Syair Pantun Seloka Gurindam Puisi Cerita
Pendek
Pemilihan bahan sastera juga
perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur
yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti: i. Intelek ii. Emosi iii.
Imaginasi iv. Teknik Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga
aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada
murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah: Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah
bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan
ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas
pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan
tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis
bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.
Berikut merupakan jenis-jenis
tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi
melalui laman web · http://tatabahasabm.tripod.com/tata/
Dalam laman web ini mengandungi
penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis tatabahasa Kata nama
Kata Hubung Kata kerja Kata sendi nama Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah
seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah.
Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun
sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti
No comments:
Post a Comment