Saturday 13 October 2012

Minggu 5

MINGGU 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB KE FILE MANAGER

1.Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index 2. Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang. 3. Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod. 4. Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan. 5. Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 6. Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran. 7. Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager. 8. Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager. 9. Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. 10. Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat. 11. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran 12. Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload. 13. Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer. Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan. 14. Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut. HyperText Markup Language (HTML) 15. Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan. 16. Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan. 17. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya. 18. Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda. Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak mengubah isi kandungan Tapak Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail Kerja dengan menggunakan Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan perubahan, simpan fail kerja anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan nama index. Ini bermakna fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File Manager dengan menggunakan prosedur yang sama. Cubalah menukar-kukar Tapak Pembelajaran anda.

Minggu 4

Minggu 4-PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

  • Bahan sastera


  • Bahan tatabahasa


  • Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.

Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti: Syair Pantun Seloka Gurindam Puisi Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti: i. Intelek ii. Emosi iii. Imaginasi iv. Teknik Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah: Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web · http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

Jenis-jenis tatabahasa Kata nama Kata Hubung Kata kerja Kata sendi nama Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti

Minggu 3

Minggu 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

ETIKA KOMPUTER

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).

Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu: ·
Penggertak · Penyalahgunaan internet · Virus · Hak cipta · Perisian cetak Rompak

Penggertak: · Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. · Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet · Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus: · Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

Hak cipta terpelihara · Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak: · Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

• Keseimbangan • keizinan temaklum • keadilan • Meminimum-kan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain. 
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain. 
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri. 
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6.Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 
7.Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8.Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. 
9.Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan. 
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Minggu 2

Minggu 2-Menggunakan Internet, Enjin Pencarian Bahan dalam P&P Bahasa Melayu

MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Apa itu ‘Enjin Pencari’? Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat. ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari › Tujuan (konteks pendidikan) v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’ v www.google.com v www.yahoo.com v www.teoma.com Dimanakah enjin pencari dapat dilihat: tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah, Contoh 1: Contoh 2: Cara Mengkategorikan Maklumat: <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Video <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Gambar <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Ruangan <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Lagu <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Multi <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Permainan <!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet 1. Mengenalpasti tajuk. 2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari. 3. Memilih enjin pencarian yang tepat. 4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan) 5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.